Pages

Wednesday, August 31, 2011

Syria bunuh 7 penunjuk perasaan

BEIRUT 30 Ogos - Seramai tujuh orang maut apabila pasukan keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkumpul selepas solat sunat Aidilfitri hari ini.
Aktivis berkata, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang berkumpul di Daraa, Homs dan Damsyik.
Jaringan aktivis, Suruhanjaya Penyelarasan Tempatan berkata, enam penunjuk perasaan dibunuh di Daraa manakala seorang lagi di Homs. - Agensi, utusan

No comments:

Post a Comment