Pages

Tuesday, August 23, 2011

Rejim Gaddafi tumbang




Beribu-ribu penduduk Libya meraikan kejayaan pemberontak menawan bandar Tripoli awal semalam. - AGENSI


TRIPOLI 22 Ogos - Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli, tetapi nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.
Anak lelaki bongsu Gaddafi, Saif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.
Gaddafi menyiarkan tiga mesej audio semalam, dengan berikrar tidak akan menyerah kalah dan menyeru penduduk Tripoli supaya 'membersihkan ibu negara' daripada pemberontak, tetapi beliau tidak muncul di khalayak sejak beberapa minggu lalu.
Satu sumber diplomatik berkata, pemimpin veteran Libya itu mungkin masih berada di kompleks kediamannya, Bab Al-Aziziyah di tengah Tripoli.
"Beliau masih berada di Tripoli dan mungkin berlindung di kediamannya di Bab Al-Aziziyah," kata sumber yang menemui Gaddafi dalam tempoh dua minggu lalu.
Pekarangan Bab Al-Aziziyah kerap dibedil sejak bermulanya campur tangan tentera antarabangsa di Libya pada 19 Mac lalu dan kebanyakan bangunan di kompleks itu sudah ranap.
Namun, Gaddafi boleh berlindung di dalam kubu bawah tanah yang banyak terdapat di kompleks itu, kata sumber tersebut. - AFP, utusan

No comments:

Post a Comment