Pages

Wednesday, August 10, 2011

Ratusan ribu kanak-kanak mungkin mati di Afrika Utara

DADAAB, Kenya - Ratusan ribu kanak-kanak Somalia mungkin meninggal dunia di Afrika Timur akibat kebuluran kerana kemarau kecuali lebih banyak bantuan diberikan, kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Pegawai kanan AS itu, Raj Shah berkata, masyarakat antarabangsa mempunyai peluang unik untuk menyelamatkan nyawa puluhan ribu kanak-kanak di Somalia.
Sebelum ini, menurut AS, lebih 29,000 kanak-kanak yang berumur di bawah lima tahun telah meninggal dunia sejak 90 hari lalu di selatan Somalia.
Menurut Shah, kebuluran itu berlaku akibat kemarau manakala pemerintah di negara itu tidak mampu memberikan bantuan kepada rakyatnya sendiri.
Sementara itu, AS mengumumkan menawarkan bantuan sebanyak AS$105 juta (RM319.2 juta) untuk membantu negara-negara di Afrika Timur yang dilanda kemarau.
"Presiden (Barack Obama) telah meluluskan tambahan AS$105 juta untuk usaha-usaha bantuan kemanusiaan dengan segera di negara-negara Tanduk Afrika," kata jurucakap White House, Jay Carney dalam satu kenyataan.
"Bantuan AS akan berterusan membiayai keperluan segera yang diperlukan iaitu makanan, kesihatan, perlindungan air dan kebersihan kepada sesiapa yang amat memerlukan bantuan," tambahnya. - Agensi, kosmo

No comments:

Post a Comment