Pages

Wednesday, August 24, 2011

Polis Israel usir aktivis sosial




SEKUMPULAN penunjuk perasaan duduk di dalam sebuah bangunan di Tel Aviv semalam.


TEL AVIV - Polis Tel Aviv semalam mengusir puluhan aktivis sosial yang tinggal dalam sebuah bangunan, kata seorang jurucakap polis, Luma Samri.
Puluhan aktivis itu tinggal dalam bangunan itu di sini bagi memprotes kebaikan kos taraf hidup.
"Polis memindahkan (para aktivis itu) dari bangunan ekoran aduan daripada Dewan Bandar Raya Tel Aviv.

Seorang anggota polis mengangkat seorang aktivis sosial di dalam sebuah bangunan di Tel Aviv semalam.


"Dalam operasi itu, tiga penunjuk perasaan ditangkap kerana cuba untuk menyekat laluan di kawasan berkenaan," kata Samri.
Para penunjuk perasaan itu memecah masuk ke dalam bangunan terbiar tersebut pada Isnin lalu dan mendirikan sebuah khemah.
Menurut akhbar Haaretz, para penunjuk perasaan itu menggelarkan khemah itu sebagai Rumah Rakyat.

SEJUMLAH penunjuk perasaan berdiri di balkoni sebuah bangunan di Tel Aviv kelmarin.


Bangunan empat tingkat itu dibina pada tahun 1940-an dan ia pernah dijadikan sebuah sekolah berasrama untuk wanita muda tetapi dibiarkan kosong sejak 12 tahun lalu.
Tunjuk perasaan para aktivis itu adalah yang pertama dibuat di dalam sebuah bangunan sejak tunjuk perasaan besar-besaran bermula sejak pertengahan Julai lalu berhubung kenaikan kos kehidupan.
Kenaikan kos kehidupan itu meliputi kenaikan harga barang, petrol dan hartanah.
Awal tahun ini, lebih 300,000 orang bertindak menunjuk perasaan di sini dan di beberapa buah bandar lain bagi menuntut keadilan sosial dan sebuah negara berkebajikan. - Agensi, kosmo

No comments:

Post a Comment