Pages

Tuesday, August 2, 2011

PBB gesa Syria henti ganas ke atas rakyat

Pemimpin dunia kutuk kekerasan terbaru tentera yang akibatkan 140 orang awam mati
NEW YORK: Ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-Moon, semalam meminta Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, menghentikan keganasan terbaru tentera negara itu, yang menyebabkan kematian hampir 140 orang awam.
Jurucakap PBB berkata Encik Ban mengutuk keras tindakan Presiden Assad enggan melaksana cadangan Encik Ban yang disuarakan beberapa minggu lalu.'Setiausaha Agung amat mengambil berat laporan di Syria bahawa ratusan penunjuk perasaan terbunuh dan cedera di Hama dan bandar lain serta bandar raya seluruh negara itu.'Beliau mengutuk kekerasan yang dilakukan terhadap orang awam dan meminta pemerintah Syria menghentikan segera tindakan ganas itu,' kata jurucakap tersebut.Kelmarin kereta kebal Syria melepaskan tembakan meriam dan mesingan ketika menggempur bandar Hama, menyebabkan sekitar 100 orang awam terbunuh, menurut aktivis hak asasi manusia.Seramai 36 lagi orang awam terbunuh dalam pertempuran serupa di beberapa bandar lain.Serangan ke atas Hama, medan pembunuhan beramai-ramai pada 1982 semasa bapa Presiden Assad menghancurkan kebangkitan gerakan Islam, bermula pada subuh menjelang Ramadan selepas pihak tentera mengepungnya hampir sebulan.Penduduk Hama berkata kereta kebal dan penembak tepat melepaskan tembakan ke arah kawasan perumahan tempat orang ramai mendirikan sekatan bagi menyekat kemaraan tentera.Agensi berita Syria melaporkan pihak tentera memasuki Hama bagi mengusir kumpulan bersenjata 'yang mengganas terhadap rakyat'.Seorang pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Damsyik menyifatkan kenyataan rasmi itu sebagai 'mengarut'.Antara pemimpin dunia yang mengutuk keganasan terbaru itu ialah Presiden Amerika, Encik Barack Obama, yang 'terkejut akan tindakan pemerintah Syria menggunakan kekerasan dan kekejaman ke atas rakyatnya sendiri'.'Dalam beberapa hari mendatang Amerika Syarikat akan meningkatkan tekanan ke atas rejim Syria dan bekerja dengan negara lain di dunia bagi mengasingkan pemerintahan Assad dan berdiri bersama rakyat Syria,' kata Encik Obama.Italy mengutuk tindakan tentera Syria dengan meminta Majlis Keselamatan PBB campur tangan. Jerman bersama sekutu Kesatuan Eropah (EU) pula mengancam akan mengenakan sekatan baru ke atas Damsyik.Perancis memberi amaran kepada pemimpin Syria bahawa mereka perlu 'dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka'. -- AFP, AP, Reuters.
http://cyberita.asia1.com.sg

No comments:

Post a Comment