Pages

Sunday, August 7, 2011

Noraniza, tunang buat kerja amal



NORANIZA bersama Jeffri pada program Ziarah Ramadan anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tebrau di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris dan tunangnya, Jeffrey Iman membuat kerja amal dengan menyertai Program Ziarah Ramadan 7 di sekitar daerah ini semalam.
Noraniza turut menyampaikan ceramah motivasi kepada anak-anak yatim Rumah Berkat di sini selain menyanyikan beberapa buah lagu ketika mengunjungi orang kurang upaya dan warga emas di Rumah Kenangan dan Sinar Harapan.
Program berkenaan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Tebrau dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Johor dan Gerakan Belia 4B Tebrau.
Ketua Pemudanya, Syahrin Md. Jamaludin berkata, Noraniza merupakan ikon bagi program Gerakan Belia 4B Johor.
"Selain itu, kita turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan program Kahwin-kahwin Mashyur 1Malaysia yang akan diadakan pada 29 September hingga 1 Oktober depan di Plaza Angsana," tambahnya.
Katanya, pada program berkenaan, Noraniza dan tunangnya akan turut bersanding dan satu sidang akhbar khas mengenai persandingan itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.
Noraniza, 43, bertunang dengan Jeffri, 52, pada 22 April lalu.
Beliau sebelum ini berkahwin dengan penyanyi Fareez sebelum bercerai dan berkahwin pula dengan seorang usahawan yang juga berakhir dengan penceraian.kosmo

No comments:

Post a Comment