Pages

Tuesday, August 16, 2011

New York catat rekod hujan




SEBUAH kereta tenggelam dalam banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat di Pulau Staten, New York kelmarin.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - New York mencatat rekod hujan paling lebat dalam tempoh sehari apabila 20.32 sentimeter (sm) hujan turun di bandar raya ini dengan menyebabkan jalan-jalan raya banjir manakala perjalanan kereta api turut tergendala, lapor sebuah akhbar semalam.
Menjelang pukul 9 malam kelmarin sejumlah 19.55sm hujan turun di Lapangan Terbang Kennedy di sini.
Ia merupakan hujan paling lebat turun dalam tempoh sehari dalam catatan rekod Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan sejak 116 tahun lalu.
Taburan hujan normal untuk sepanjang bulan Ogos ialah cuma 10.16sm yang bermakna bandar raya ini menerima hujan untuk dua bulan dalam masa sehari.
Di beberapa stesen kereta api bawah tanah, terowong-terowong dibanjiri air banjir dengan menyebabkan tujuh perjalanan kereta api tergendala.
Di Pulau Staten, pasukan bomba menyelamatkan dua pekerja pembinaan yang terperangkap dalam sebuah lif yang rosak dan dimasuki air. - Agensi, kosmo

No comments:

Post a Comment