Pages

Tuesday, August 30, 2011

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah

SANDAKAN: Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Bandar Sandakan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Fadzil Mohd Ali berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat bayi itu kira-kira jam 2.20 petang dan menghantar sepasukan anggota polis untuk membuat siasatan.
Beliau berkata mayat bayi lelaki itu ditemui dalam sebuah tong sampah besar berhampiran sebuah pasar raya berkenaan oleh pekerja amnya semasa membuang sampah dan ternampak ada satu bungkusan hitam lalu membukanya dan mendapati ada mayat bayi dalamnya.
Beliau pekerja am berkenaan kemudiannya menghubungi polis.

Katanya, polis menghantar mayat bayi berkenaan ke Hospital Duchess Of Kent
Sandakan untuk dibedah siasat.

Fadzil berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan
kerana menyembunyikan kelahiran dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar menghubungi polis. - BERNAMA , bharian

No comments:

Post a Comment