Pages

Thursday, August 18, 2011

Lelaki pasang bom leher palsu ditangkap




Madeleine Pulver dan suspek yang menyerangnya, Paul 'Doug' Peters. - AGENSI


LOUISVILLE, Amerika Syarikat (AS) 16 Ogos - Seorang lelaki yang dikehendaki di Australia kerana didakwa memasang bom palsu pada leher seorang remaja perempuan ditangkap oleh pasukan khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dekat Louisville, Kentucky semalam.
Warga Australia, Paul 'Doug' Peters yang dikehendaki oleh polis di New South Wales berhubung pemasangan bom palsu di Sydney pada bulan lepas, ditangkap tanpa insiden.
Dia tinggal di rumah bekas isterinya di luar La Grange, Kentucky, kira-kira 40 kilometer ke timur laut sini, menurut FBI.
Peters yang dipercayai meninggalkan Australia pada 8 Ogos lalu dijadual dihadapkan ke mahkamah di Louisville hari ini.
Pihak berkuasa Australia akan memohon supaya Peters, 50, diekstradisikan untuk menghadapi tuduhan berhubung kejadian tersebut, menurut kenyataan Pasukan Polis New South Wales.
Pada 3 Ogos lalu, seorang lelaki yang memakai topeng ski memecah masuk ke rumah Bill Pulver, ketua eksekutif sebuah syarikat yang mengeluarkan perisian pengecaman suara dan peralihan teks kepada suara.
Ketika itu, anak perempuan Pulver, Madeleine, 18 tinggal seorang diri di dalam rumah tersebut.
Lelaki itu memasang sejenis alat pada leher Madeleine yang didakwanya sebutir bom yang boleh diletupkan dengan alat kawalan jauh, dan meninggalkan nota tuntutan wang tebusan.
Dia juga dilaporkan memberitahu gadis itu, alat berkenaan dilengkapi mikrofon yang membolehkannya mendengar sebarang perbualan.
Madeleine bagaimanapun meminta bantuan dan selepas pengalaman menakutkan selama 10 jam, pakar bom menanggalkan alat tersebut yang didapati tidak berbahaya. - Reuters, utusan

No comments:

Post a Comment