Pages

Tuesday, August 30, 2011

Lelaki Cuba bangga miliki 24 jari




YOANDRI HERNANDEZ GARRIDO menunjukkan dua belah tangannya yang memiliki 12 jari.


BARACOA, Cuba – Mereka memanggilnya 24. Seorang lelaki di sini, Yoandri Hernandez Garrido mendapat nama gelaran tersebut kerana enam jari yang terdapat pada setiap tangan dan kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun sedar dia berbeza dengan orang lain, lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu, dia menganggap dirinya bertuah kerana memiliki jari-jari ekstra.
“Jari-jari ini kurniaan Tuhan kerana dengannya, saya mudah memanjat pokok kelapa dan memetik buahnya untuk mencari rezeki,” kata Garrido.
“Terima kasih kepada 24 jari saya, saya dapat menyara hidup. Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap,” tambahnya.
Selain memetik buah kelapa, Hernandez turut menerima bayaran sehingga AS$10 (RM29.80) daripada pelancong yang mahu bergambar dengannya.
Penduduk Cuba rata-rata menerima gaji cuma AS$20 (RM59.60) sebulan. – Agensi

No comments:

Post a Comment