Pages

Sunday, August 7, 2011

Kereta peronda polis, bas dan kedai dibakar perusuh di London


PENUNJUK perasaan di London membakar kedai dan kereta polis bagi membantah tindakan anggota polis menembak mati seorang lelaki berusia 29 tahun. Polis anti-rusuhan cuba mengawal pergerakan kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di jalan utama di Tottenham, London Utara, hari ini. - Foto AFP


LONDON: Polis anti-rusuhan dikerahkan ke satu daerah di utara London bagi membanteras kekacauan yang ditimbulkan penunjuk perasaan susulan kejadian membabitkan seorang lelaki yang terbunuh selepas ditembak polis, hari ini. 
Penunjuk perasaan membakar dua kereta peronda polis, sebuah bas dan kedai iaitu tindak balas selepas tidak puas hati dengan kejadian yang mengakibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun terbunuh terkena tembakan.

Selain membakar kereta peronda polis serta bas dua tingkat dan memecahkan tingkap kedai, sejumlah besar penunjuk perasaan kelihatan berkumpul di balai polis di High Road, Tottenham.
Wartawan yang berada di tempat kejadian, berkata kejadian mencuri semakin merebak di kawasan padat. 

Katanya, pesanan yang disiarkan menerusi laman sosial Twitter turut mengajak orang ramai menyertai tindakan ganas berkenaan. 

Sementara itu, jurucakap polis Metropolitan, berkata polis anti-rusuhan berada dalam keadaan berselerak dan mereka diserang seperti peluru berpandu. 

“Beberapa botol dilemparkan ke arah kereta peronda polis, di mana satu daripadanya dibakar dan kereta yang kedua ditolak sehingga ke tengah jalan raya High Road. kemudian, kereta terbabit turut dibakar,” katanya di sini. - AFP bharian

No comments:

Post a Comment