Pages

Tuesday, August 2, 2011

Kepala pembonceng digilis kenderaan berulang kali


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, kelmarin.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, kelmarin.


ROSAK...motosikal yang dibonceng mangsa.
ROSAK...motosikal yang dibonceng mangsa.

BUKIT BERUNTUNG: Seorang pembonceng motosikal wanita, Y Tilakavathi, 43, terbunuh dengan kepalanya hancur akibat digilis beberapa kenderaan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 6, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 malam apabila mangsa yang membonceng motosikal teman lelakinya berusia 33 tahun bergesel sebuah kenderaan lalu terbabas dan terjatuh.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sungai Choh ke Bukit Beruntung.
Katanya, siasatan awal mendapati motosikal Modenas Kriss dinaiki mangsa dan teman lelakinya hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Mangsa tercampak beberapa meter selepas bergesel sebuah Proton Iswara yang datang dari Bukit Beruntung.

“Mangsa dipercayai digilis beberapa kenderaan menyebabkan sebelah tangannya putus dan ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kejadian,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat sementara penunggang yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menerima rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment