Pages

Tuesday, August 9, 2011

Jurutera pesawat maut disedut enjin

WELLINGTON: Seorang jurutera kapal terbang terbunuh semalam, selepas dia disedut ke dalam enjin pesawat yang sedang diujinya. Syarikat penerbangan domestik, Air New Zealand, mengesahkan jurutera berusia 51 tahun itu sedang menjalankan pemeriksaan penyelenggaraan biasa ke atas pesawat Lockheed C-130 Hercules kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan). Kejadian berlaku di lapangan terbang Woodbourne di Blenheim. Jurucakap Air New Zealand berkata, enjin itu berada di tempat penyangga dan tidak dipasang penghadang kipas.Sementara itu, jurucakap polis pula berkata, pasukan paramedik cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal. - APhmetro

No comments:

Post a Comment