Pages

Tuesday, August 2, 2011

Iran bakal hukum warga AS

TEHRAN: Mahkamah Iran akan mengumumkan hukuman ke atas dua rakyat Amerika Syarikat dalam tempoh seminggu selepas mereka dipenjarakan pihak berkuasa atas tuduhan melakukan perisikan sekali gus memusnahkan harapan untuk dibebaskan. 
Shane Bauer dan Josh Fattal, kedua-duanya 29 tahun, ditahan di penjara Evin di sini selepas mereka ditahan di sempadan dengan Iraq genap dua tahun lalu kelmarin.

Kes itu menambah ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Iran yang sudah berada di kemuncak berhubung isu program nuklear Tehran.
Peguam rakyat Amerika itu, Masoud Shafiei, berharap sesi akhir mahkamah kelmarin akan memberi keputusan pembebasan segera mereka kerana ia bertepatan dengan ulang tahun kedua penahanan mereka dan hampir dengan permulaan bulan suci Ramadan, apabila pengampunan biasa diumumkan. 

Shafiei berkata, beliau dan dua rakyat Amerika itu membuat hujah penutup dalam pembelaan mereka dan mahkamah membuat pengumuman pada penghujung perbicaraan. 
“Hakim berkata mahkamah akan umumkan keputusan mengenai anak guam saya dalam tempoh seminggu,” kata Shafiei. 

Katanya beliau berharap, jika didapati bersalah, hukuman penjara yang dijalani diambil kira dan dua tertuduh dibebaskan. 
Tunang Bauer, Sarah Shourd, ditahan bersama mereka pada 31 Julai 2009, namun dibebaskan September tahun lalu dengan jaminan AS$500,000 (RM1.47 juta). Dia tidak kembali ke Iran untuk baki perbicaraan, namun Shafiei berkata beliau membentangkan pembelaan bagi pihaknya kelmarin. 

Rakyat Amerika itu menafikan tuduhan ke atas mereka dan berkata hanya mendaki sebuah kawasan dengan pemandangan cantik dan tenang di utara Iraq berhampiran sempadan Iran. 

Ketika kawasan lain Iraq terus bermasalah akibat keganasan, rantau autonomi Kurdis menarik pelancong sejak beberapa tahun lalu, termasuk pelancong asing ke pergunungan indahnya. 

Dalam satu temuramah telefon Sabtu lalu, Shafiei melahirkan harapan bahawa Bauer dan Fattal dapat dibebaskan segera. Satu tanda positif, katanya, ialah Shourd tidak dipanggil untuk hadir dalam sesi perbicaraan akhir seperti perbicaraan sebelumnya. – APhttp://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment