Pages

Monday, August 22, 2011

Harga minyak dijangka jatuh Gaddafi digulingkan

NEW YORK: Harga minyak global dijangka mula mencatatkan penurunan sekiranya pemberontak Libya berjaya menggulingkan rejim Muammar Gaddafi; namun kesan keseluruhannya tidak akan dirasai untuk tempoh beberapa bulan.

Malam Ahad (waktu tempatan), pasukan pemberontak bergerak ke Tripoli tanpa berdepan dengan tentangan, ia selepas beberapa jam pangkalan tentera yang mempertahankan ibu kota negara itu dimusnahkan.
Pemberontak juga berjaya menawan anak Gaddafi yang juga pewaris tunggalnya, Seif al-Islamdan
Penganalisis bebas, Lipow Andrew, berkata pasaran minyak dijangka akan bertindak balas hari ini dengan mengunjurkan harga yang lebih rendah dalam "tanda lega selepas konflik semakin berakhir."

Namun, Lipow berkata, ia akan mengambil masa untuk pasaran kembali stabil selepas kenaikan harga yang besar terhasil dari penggantungan eksport minyak Libya sejak pemberontakan bermula pada Februari lalu.

Susulan pemberontakan itu, minyak diniagakan pada sekitar AS$84 setong dan menokok di atas AS$93 dan terus meningkat tinggi melebihi AS$110 pada akhir April. Permintaan dari pasaran baru muncul termasuk China juga mendorong harga yang semakin meningkat.

Harga minyak jatuh baru-baru ini bersama stok susulan kebimbangan mengenai ekonomi global. - AP 
bharian

No comments:

Post a Comment