Pages

Sunday, August 21, 2011

Geng curi BlackBerry kempunan



Inilah sebahagian daripada telefon BlackBerry yang ditemui semula semalam selepas dicuri dari kompleks kargo KLIA pada lalu.


SEPANG – Komplot tiga kakitangan sebuah syarikat kargo dengan pemilik dan pekerja sebuah gudang barangan lusuh berlesen untuk mencuri dan menyembunyikan 2,100 buah telefon bimbit BlackBerry model 9780 Bold bernilai RM2.3 juta gagal apabila polis berjaya menahan kesemua lima suspek selepas hanya tiga jam pasukan khas menjejaki penjenayah itu ditubuhkan.
Kesemua telefon bimbit itu tiba dari Hungary pada Rabu lalu dan disimpan di dalam sebuah gudang syarikat telekomunikasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tujuan mendapat pengesahan pihak Jabatan Kastam Diraja sebelum dihantar kepada syarikat itu di Petaling Jaya untuk dijual.
Bagaimanapun, dua hari selepas ia disimpan di situ, gudang tersebut telah dipecah masuk kelmarin.
Kumpulan penjenayah warga tempatan itu melarikan kesemua telefon dan meninggalkan hanya kira-kira 100 unit aksesori telefon model berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kejadian pintu gudang itu dipecah disedari seorang penyelia pada pukul 9.20 pagi semalam sebelum melaporkan kepada polis.
Sejurus menerima laporan, polis menubuhkan satu pasukan khas seramai 12 anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang yang diketuai Asisten Supritendan Zaihairul Idrus untuk menjejaki kumpulan penjenayah itu.-kosmo

No comments:

Post a Comment