Pages

Tuesday, August 30, 2011

Gadis hilang tanpa berita

JOHOR BAHRU: Kehadiran Aidilfitri tahun ini tidak bermakna buat lima beranak selepas seorang daripada mereka masih gagal ditemui sejak pertengahan Ogos lalu.
Ibu gadis itu, Rodiah Abdul Rahman, 40, berkata, anaknya, Syuhada, 20, kali terakhir menghubungi keluarga kira-kira jam 12 tengah hari, 16 Ogos lalu sambil menyatakan dia dalam perjalanan dari Mersing untuk pulang ke rumah di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi di sini.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga mulai bimbang apabila anak sulung daripada empat beradik itu yang sepatutnya tiba ke rumah antara jam 2 hingga 3 petang hari sama masih tidak pulang hingga malam, malah gagal dihubungi apabila panggilan dijawab sistem simpanan suara.

Rodiah berkata, Syuhada yang kini mengikuti pengajian tahun akhir Diploma Syariah di Kolej Cybernetics, dekat Taman Maluri, Kuala Lumpur, baru selesai mengambil peperiksaan akhir pada 13 Ogos lalu sebelum cuti semester.

Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari sama, anaknya itu menghubunginya memaklumkan mahu memandu ke Kelantan bersama teman lelakinya untuk menghantar ibu teman lelakinya pulang ke kampung dari Kuala Lumpur.

Katanya, dua hari kemudian kira-kira jam 9 pagi, Syuhada memaklumkan akan pulang ke rumah di Felda Bukit Aping Timur dari Kelantan, sebelum menghubunginya sekali lagi kira-kira jam 12 tengah malam memaklumkan perlu berehat dulu di Kuantan, Pahang.


“Esoknya (16 Ogos) dia (Syuhada) sekali lagi menghubungi saya pada jam 12 tengah hari memaklumkan sudah tiba Mersing dan akan pulang ke rumah tidak lama lagi namun sehingga kini, anak saya itu hilang tanpa khabar berita menyebabkan kami sekeluarga terlalu risau,” katanya.

Rodiah dan keluarga merayu mereka yang mempunyai maklumat mengenai anaknya supaya menghubungi nombor telefon bimbit keluarga di talian 013-7721327.hmetro

No comments:

Post a Comment