Pages

Tuesday, August 30, 2011

Curi organ pejuang Palestin

RAMALLAH: Menteri Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Issa Qaraqi’ semalam menuduh Israel mengambil organ daripada mayat pejuang Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.
Berucap sempena kempen derma organ pejuang Palestin, Issa berkata, Israel menjadi pusat perdagangan ‘menuai’ organ paling besar di dunia.

Menteri itu berkata, Israel menahan mayat pejuang Palestin untuk menyembunyikan jenayah yang mereka lakukan terhadap mayat berkenaan selain menghukum keluarga pejuang.

Issa juga berkata, Israel masih menahan 338 mayat pejuang Arab dan Palestin di empat tanah perkuburan rahsia, satu di sempadan Lubnan-Syria, dua di Lembah Jordan dan yang keempat di Tasik Tiberias.

Pada Disember 2009, Ketua Patologi dan Pengarah Institut Perubatan Abu Kabir, Profesor Yehuda Hiss mengaku mengambil bahagian tubuh mayat rakyat Palestin tanpa izin keluarga mereka.

Hiss berkata, dia dan doktor di bawahnya mengambil kelengkapan tubuh, dari kulit, kornea mata hingga ke injap jantung pada tahun 90-an untuk tujuan pemindahan.


Hiss berkata demikian ketika ditemuramah oleh Profesor Antropologi di Universiti California-Berkeley, Nancy Sheppard-Hughes, yang bertanggungjawab menjejaki perdagangan organ manusia sedunia.

Wawancara sejam itu disiarkan menerusi Saluran 1, televisyen Israel Jumaat lalu.

Hiss memberitahu, kulit diambil dari mayat pejuang Palestin dan dihantar ke Hospital Hadasah di Baitulmaqdis atas permintaan tentera Israel untuk digunakan ke atas tentera yang cedera dalam bencana.

Julai lalu, Ketua Suruhanjaya Hal Ehwal Awam Palestin, Hussein AL-Sheikh berkata, Israel akan menyerahkan mayat 84 pejuang kepada Pihak Berkuasa Palestin dalam masa beberapa hari.

Sumber keselamatan Israel mengesahkan rundingan berkenaan tetapi berkata, tiada persetujuan dicapai setakat ini. - AN, bharian

No comments:

Post a Comment