Pages

Friday, August 26, 2011

Cicit Suharto diarah jalani rawatan pemulihan setahun

JAKARTA: Mahkamah Indonesia, semalam mengarahkan cicit bekas pemimpin diktator Suharto menjalani rawatan pemulihan setahun kerana penyalahgunaan dadah, selepas menggugurkan dakwaan memiliki dadah yang lebih berat.
Putri Aryanti Haryowibowo, 22, ditahan bersama 0.88 gram methamphetamine dalam serbuan polis di sebuah hotel di Jakarta Mac lalu. Hakim Maman Ambari menggugurkan dakwaan memiliki dadah ke atas Putri Aryanti yang boleh membawa kepada hukuman 15 tahun penjara, mengatakan dadah itu adalah milik rakan defendan.

“Dia hanya menggunakannya,” kata Maman kepada mahkamah Jakarta Selatan.

Pendakwa raya menyarankan hukuman penjara setahun. Putri Aryanti yang ditemani ibu bapanya tersenyum ketika keputusan pertuduhan dibacakan. - AFP

No comments:

Post a Comment