Pages

Thursday, August 4, 2011

Bimbang ayah hilang


pix_gal0
Aminuddin alami masalah mental dikatakan pergi KL

MUAR: Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental, hilang dari rumahnya dekat Kampung Parit Lapas di sini sejak 22 Julai lalu, sebelum kelibatnya dikesan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Terminal Bas Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur, pada hari sama.
Aminuddin Hasbullah (gambar), 51, dikatakan pergi ke Kuala Lumpur berseorangan buat kali pertama dengan menaiki bas, tanpa pengetahuan ahli keluarganya yang kini buntu mengesannya.
Anaknya, Muhammad Najih, 23, bimbang dengan keadaan ayahnya yang tidak bercakap banyak dan mungkin hanya membawa wang tunai kira-kira RM40 ketika keluar dari rumah dan khuatir dia tidak tahu mencari jalan pulang.

Katanya, beliau hanya menyedari kehilangan bapanya ketika pulang ke rumah selepas berniaga di warung berhampiran kira-kira jam 6.30 petang sebelum bertindak mencarinya di sekitar Pekan Parit Jawa dan bandar ini tetapi gagal.

“Bapa saya biasanya akan pergi ke warung tempat saya berniaga beberapa kali sehari untuk makan dan minum. Beliau akan berada di rumah setiap kali saya pulang tetapi pada hari kehilangannya, saya hanya menemui kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dia balik ke rumah selepas makan di warung, " katanya.

Muhammad Najih berkata, selepas berpisah dengan ibunya sejak lebih 10 tahun lalu, bapanya pernah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan disahkan mengalami masalah mental, perlu bergantung kepada ubat dan kehilangan itu menyebabkan beliau bimbang terhadap kesihatan bapanya. 
Katanya, beliau membuat laporan kehilangan bapanya di Balai Polis Parit Jawa keesokannya dan turut berusaha mengesannya di sekitar bandar dan selepas mendapat maklumat bapanya menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur menyebabkannya bergegas ke TBS.

“Hasil pemerhatian, rakaman CCTV mengesahkan bapa saya menaiki bas berkenaan tetapi usaha mengesannya di sekitar terminal itu dan Kuala Lumpur gagal.

“Saya bimbang dengan keselamatan bapa, makan dan minumnya kerana dia tidak banyak bercakap. Saya syak kemungkinan dia tidak tahu cara untuk pulang semula ke rumah atau kehabisan wang menyebabkannya tidak dapat membeli tiket, " katanya.

Katanya, ketika keluar rumah, bapanya yang berambut pendek dan berjambang dipercayai memakai t-shirt merah berkolar, berseluar hitam serta berselipar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Aminuddin diminta menghubungi Muhammad Najih menerusi talian 017-629 3649 atau 012-993 1794 atau mana-mana balai polis berhampiran. bharian

No comments:

Post a Comment