Pages

Tuesday, August 2, 2011

‘Biar Tuhan balas dosa peragut’


MAIMUNAH menemani Maleha yang dirawat  di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas terbabit kemalangan di Jalan Kamarudin,  ketika  mengejar peragut beg tangannya, kelmarin.
MAIMUNAH menemani Maleha yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas terbabit kemalangan di Jalan Kamarudin, ketika mengejar peragut beg tangannya, kelmarin.

KUALA TERENGGANU: Bagi Maimunah Salim, 47, dari Flet Seri Kolam di sini, sambutan Ramadan tahun ini suram kerana dua anak gadisnya cedera dengan seorang daripadanya koma selepas terbabit kemalangan di Jalan Kamarudin, dipercayai ketika mengejar peragut beg tangannya, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, dua beradik berkenaan, Maleha Malik, 25, dan adiknya Maizatul Akmal, 22, menunggang motosikal ke Kompleks Seri Iman di Jalan Sultan Muhammad mengambil wang dana bakti remaja. Sebaik tiba di persimpangan Jalan Kamarudin, seorang penunggang motosikal dikatakan meragut beg tangan Maleha dan mereka mengejar peragut itu tetapi terbabit kemalangan tidak jauh dari situ.
Maimunah berkata, anaknya kemudian dihantar orang ramai ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Sehubungan itu, Maimunah berkata, beliau berharap orang ramai yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan kerana mahu peragut anaknya diadili.

“Saya tak maafkan peragut itu, biar Tuhan membalas dosanya. Melihat keadaan kedua-dua anak, saya tidak yakin mereka dapat menyambut Aidilfitri tahun ini,” katanya.
http://www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment