Pages

Wednesday, August 24, 2011

Anak Gaddafi buat kejutan



SEIF AL-ISLAM bergambar di sebatang jalan raya yang lengang di Tripoli semalam.


TRIPOLI - Seorang anak Muammar Gaddafi, Seif Al-Islam membuat kemunculan mengejut semalam di bandar ini selepas dia dilaporkan telah ditangkap pemberontak kelmarin.
Dia muncul dengan sejumlah pengikutnya yang bersenjata selepas para pemberontak yang menentang kepimpinan Gaddafi sejak Februari lalu memasuki bandar Tripoli pada Ahad lalu.
Seif yang dikatakan bakal menjadi pengganti Gaddafi sebagai pemimpin Libya dilihat melawat hotel yang menjadi tempat penginapan wartawan asing di sini.
Dia membawa para wartawan itu ke kediaman bapanya di tengah Tripoli awal semalam.
Seif memberikan senyuman, melambaikan tangan, berjabat tangan dengan para penyokongnya dan memberikan isyarat kemenangan.
"Kita memberikan mereka (pemberontak) masa yang sukar, justeru kami dalam kemenangan. Angkatlah senjata. Insya-Allah, kita akan menyerang tikus (para pemberontak) pada hari ini," katanya kepada sekumpulan penyokongnya yang menunggu untuk diberikan senjata.
Seif sebelum ini dilaporkan oleh pemberontak telah ditangkap.
Kemunculannya itu sekali gus membangkitkan persoalan mengenai kewibawaan kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan pemberontak.
Kumpulan pemberontak kelmarin menyatakan bahawa era pemerintahan Gaddafi sudah berakhir selepas mereka menguasai beberapa tempat di Tripoli.

PARA sukarelawan pemimpin Muammar Gaddafi bersorak semasa Seif Al-Islam (tiga dari kanan) berucap di Tripoli semalam.


Menurut Seif, Tripoli berada dalam kawalan penyokong Gaddafi.
"Semuanya berada dalam keadaan baik di Tripoli," katanya kepada wartawan di luar pekarangan kediaman bapanya.
"Saya berada di sini untuk menafikan semua penipuan," katanya yang berusia 39 tahun berhubung penangkapannya.
Dia menuduh negara-negara Barat melancarkan perang teknologi dan media untuk mewujudkan huru-hara dan keganasan di Libya.
Ketika ditanya wartawan jika bapanya berada dalam keadaan baik dan selamat di Tripoli, Seif berkata: "Ya pastinya."
Kemunculan Seif telah menyebabkan kumpulan pemberontak yang berjuang menentang kepimpinan Gaddafi sejak Februari lalu berasa bingung ekoran kemunculan Seif yang dilaporkan sudah ditangkap sebelum ini.
"Kami akan mencari kenapa dia boleh melarikan diri (daripada ditangkap)," kata seorang pemberontak, Muftah Ahmad Uthman.
Para pemberontak pada mulanya menyatakan bahawa tiga anak lelaki termasuk Seif telah ditangkap.
Namun, stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan bahawa salah seorang daripada mereka, Mohammed telah berjaya melarikan diri.
Ia juga melaporkan mayat seorang lagi anak Gaddafi, Khamis telah ditemui bersama Ketua Perisikan Libya, Abdullah al-Senussi.
Kelmarin, para pemimpin dunia mendesak, Gaddafi yang berusia 69 tahun dan sudah memerintah selama 42 tahun menyerah diri selepas para pemberontak menguasai sebahagian Tripoli. - Agensi, kosmo

No comments:

Post a Comment