Pages

Thursday, August 25, 2011

Amerika dilanda dua gempa kuat

WASHINGTON 24 Ogos - Satu gempa bumi sekuat 5.8 skala Richter menggegar pantai timur Amerika Syarikat (AS) semalam, mengakibatkan kerosakan kecil ke atas bangunan-bangunan terkemuka di ibu negara ini dan orang ramai yang panik bertempiaran lari ke jalan-jalan raya bagi mencari perlindungan.
Gegaran berpusat di Mineral, Virginia, di barat daya AS dan gempa turut dirasai sehingga Kanada.
Ia merupakan gempa bumi terkuat pernah berlaku di Virginia sejak 1897 dan berlaku pada kedalaman yang cetek.
Bagaimanapun tiada kecederaan atau kerosakan besar dilaporan.
Selain di Virginia, gempa sekuat 5.3 pada skala Richter turut menggegar bahagian barat AS, menjejaskan beribu-ribu penduduk di Colorado, New Mexico, Kansas, Oklahoma dan Texas," kata pakar geofizik USGS, David Wald.
Bangunan seperti Pentagon, White House dan Capitol dikosongkan segera, sementara beribu-ribu pekerja yang panik meluru ke jalan-jalan raya apabila gempa bumi yang berlaku ketika waktu makan tengah hari itu menyebabkan barangan di pejabat dan kedai-kedai jatuh ke lantai.
"Kami turut merasai gegarannya yang agak kuat," kata Larry Beach, pekerja di Agensi Pembangunan Antarabangsa AS di pusat bandar Washington, kira-kira 133 kilometer dari pusat gempa.
Gereja National Cathedral Washington yang menjadi lokasi upacara pengebumian serta peringatan untuk kebanyakan Presiden AS, turut mengalami kerosakan kecil apabila tiga menaranya patah.
Pantai timur AS jarang mengalami gegaran kuat seperti yang berlaku semalam.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa sekuat 5.5 skala Richter di Washington sudah cukup untuk mengakibatkan kerosakan di bangunan-bangunan dan struktur lain.
Selain gempa bumi yang berlaku di Virginia, sembilan gegaran lain turut direkod di sekitar Cokedale, Colorado, berhampiran sempadan New Mexico. - Reuters, utusan

No comments:

Post a Comment