Pages

Wednesday, August 31, 2011

Amah dari Habsyah disimbah menantu Gaddafi dengan air panas

TRIPOLI – Seorang amah, Shweyga Mullah disimbah air panas oleh menantu Muammar Gaddafi, Aline Skaf menyebabkan badannya kini melecur, lapor sebuah akhbar semalam.
Aline merupakan isteri Hannibal yang merupakan salah seorang anak Gaddafi.
Kejadian tersebut berlaku apabila Shweyga enggan memukul seorang anak perempuannya atas arahan menantu Gaddafi itu.
Amah itu kemudian disimbah dengan air panas di bahagian muka.
Menurut amah itu, Aline mengikat kaki dan tangannya manakala mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dia di simbah dengan air panas di dalam bilik mandi di rumah menantu Gaddafi tersebut di Tripoli.
Amah dari Habsyah itu berusia 30 tahun mula bekerja dengan keluarga Gaddafi pada tahun lalu.
Menurutnya, menantu Gaddafi itu mengarahkan supaya anaknya dipukul selepas dia menangis tanpa henti.
Amah itu membuat pendedahan tersebut kepada seorang wartawan stesen televisyen CNN. – Agensi, kosmo

No comments:

Post a Comment