Pages

Saturday, August 20, 2011

Ahli gereja dipenjara liwat budak




Robert Charles Best


SEORANG bekas pelajar Robert Charles Best di Warrnambool berharap ahli gereja Christian Brothers itu kekal selama-lamanya di sebalik tirai besi setelah dia dihukum penjara 14 tahun sembilan bulan.
Harapan yang sebenarnya telah lama dipendam oleh wanita itu apabila mengenangkan perlakuan lelaki berusia 70 tahun itu terhadap rakan-rakan lelakinya ketika menuntut di sekolah tersebut sewaktu kecil.
Best dijatuhi hukuman tersebut pada 8 Ogos lalu setelah disabitkan bersalah atas 27 tuduhan melakukan penderaan seksual terhadap 11 budak lelaki di Ballarat, Box Hill dan Geelong di Victoria, Australia antara 1969 dan 1988.
Kebanyakan mangsa berusia antara lapan dan 11 tahun ketika kejadian. Salah satu daripada tuduhan yang dihadapi oleh lelaki itu adalah meliwat budak lelaki berusia sembilan tahun.
Ketika Hakim Mahkamah Rendah Victoria, Roy Punshon memerintahkan Best dibawa masuk ke lokap selepas prosiding mahkamah, mangsa-mangsa dan ahli keluarga mereka di galeri awam telah melepaskan kemarahan mereka dengan memaki-hamun warga emas tersebut.
Sewaktu seorang ibu mangsa melemparkan kata-kata kesat semasa Best masih berdiri di kandang tertuduh, warga emas itu cuma tersenyum sinis dan mengangkat bahunya.
Suasana gamat itu terjadi selepas hakim berkenaan menjatuhkan hukuman yang berjumlah hampir 50 tahun, sebahagiannya diperintahkan berjalan berturut-turut tetapi kebanyakannya berjalan serentak.
Biarpun menghadapi banyak tuduhan, Best hanya akan menjalani hukuman penjara selama 14 tahun dan sembilan bulan.
Tempoh hukuman paling lama yang dijatuhkan terhadapnya adalah enam tahun iaitu kesalahan meliwat budak lelaki berusia sembilan tahun di sekolah St. Alipius di Ballarat pada 1969.
Semasa menjatuhkan hukuman, Punshon memberitahu Best: ‘‘Kamu telah menyebabkan terlalu banyak kemusnahan dan kesengsaraan terhadap manusia.’’
Tegas beliau lagi, Best telah melakukan pecah amanah yang serius kerana peranannya sebagai seorang guru dan pemimpin agama.
‘‘Disebabkan kuasa dan kedudukan kamu, mangsa yang masih muda dan tidak matang biasanya akan merasakan tidak mempunyai kuasa dan tidak boleh mengadu,’’ katanya.
Hukuman yang dihadapi oleh Best merupakan hukuman pemenjaraan yang kedua paling panjang tempohnya terhadap pesalah fidofilia di Australia. Father Gerald yang juga berkhidmat di Ballarat pada masa sama dengan Best, dihukum penjara 18 tahun pada 1994.
Best sewaktu mudanya pernah mengajar di Ballarat, Box Hill dan Geelong sebelum bertukar ke Warrnambool dari tahun 1989 ke 1994.
Christian Brothers merupakan sebuah pertubuhan agama yang diuruskan oleh Gereja Katholik di seluruh dunia bertindak dalam penyebaran agama Kristian dan mendidik kanak-kanak serta remaja.
Bekas pelajar Best pada awal 1990-an di Warrnambool, Anne Smith (bukan nama sebenar) berkata, walaupun tidak berasa apa-apa tentang hukuman itu, namun dia melahirkan rasa duka cita kepada ibu kanak-kanak yang membunuh diri setelah didera secara seksual oleh bekas guru tersebut.
‘‘Saya jamin masih ada lagi kanak-kanak lain di luar sana yang terlalu takut atau malu untuk tampil ke hadapan,’’ ujar beliau.
Menyingkap kejadian lalu, kata Smith, budak-budak lelaki yang pendiam dan berwajah comel sering menjadi sasaran bekas rakan sekerjanya itu.
‘‘Saya harap, dia akan berada di dalam penjara sehingga mati. Saya tidak percaya, ia mengambil masa selama ini untuk perkara tersebut didedahkan.
‘‘Saya menangis ketika memikirkan budak-budak lelaki yang dideranya terutamanya yang bertindak membunuh diri,’’ kata Smith.
Peguam yang mewakili mangsa-mangsa, Vivian Waller pula menyifatkan jenayah tersebut sebagai amat mengejutkan dan mahu pihak gereja berkenaan membayar wang pampasan atas kesakitan dan penderitaan kesemua man gsa terbabit.-utusan

No comments:

Post a Comment