Pages

Monday, August 8, 2011

7 mati tertimbus


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam.

dua lagi parah dalam kejadian tanah runtuh hempap lima rumah di Sungai Ruil, Cameron highlands

CAMERON HIGHLANDS: Tujuh terbunuh dan dua parah dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, pada jam 5.45 petang semalam.

Mayat mangsa pertama ditemui jam 6.30 petang manakala tiga mayat terakhir termasuk bayi ditemui jam 1.30 pagi.
Dua mangsa yang cedera belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Dahari Wan Busu, berkata mayat pertama seorang wanita dikeluarkan pada jam 6.30 petang, manakala lelaki jam 11.25 malam. Dua lagi masing-masing jam 12.25 pagi dan 12.35 pagi. Tiga mangsa terakhir dikeluarkan jam 1.30 pagi.

“Dalam kejadian di perkampungan yang terletak di bawah bukit itu, lima rumah tertimbus dengan empat daripada tertimbus sepenuhnya,” katanya.

Kejadian tanah runtuh terbabit dipercayai berpunca akibat hujan lebat di kawasan berkenaan sejak jam 4 petang dan sebuah pondok polis sudah dibuka sejurus kejadian itu bagi menyelaras aktiviti menyelamat oleh semua pihak terbabit.

“Kawasan yang tertimbus membabitkan 13 meter panjang dan 50 meter lebar selepas tanah pada ketinggian 100 meter runtuh,” katanya.
Katanya, pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), polis, Majlis Daerah Cameron Highlands dan dibantu orang awam sedang bertungkus-lumus melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR) di tempat kejadian.

“Satu platun Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) juga digerakkan untuk memberi bantuan menyelamat,” katanya.
Wan Mohd Dahari berkata, tugas SAR mungkin berdepan kesukaran kerana keadaan gelap.

Sementara itu, Timbalan Komander Operasi Komuniti, Kecemasan dan Bertindak Cameron Highlands, R Ramakrishnan, berkata pasukan penyelamat sudah memindahkan beberapa penduduk dari rumah berdekatan kejadian itu ke kawasan selamat di Dewan SRJK Cina, Brinchang. bharian

No comments:

Post a Comment