Pages

Monday, August 1, 2011

45 terkorban dalam serangan askar Syria di Hama

AMMAN: Kereta-kereta kebal Syria melancarkan tembakan, manakala askar-askar bersenjatakan mesingan menyerbu bandar Hama semalam, membunuh sekurang-kurangnya 45 orang awam, dalam usaha pihak berkuasa menghancurkan pemberontakan terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad, kata penduduk dan aktivis.
Askar-askar pemerintah memulakan serangan mereka ke atas bandar itu - tempat berlakunya satu pembunuhan beramai-ramai pada 1982 - pada waktu fajar sejak menyerangnya hampir sebulan lalu.Sambil memetik para pegawai hospital, sebuah badan hak asasi Syria berkata perangkaan kematian dijangka meningkat dengan puluhan lagi cedera parah.Seorang doktor, yang enggan namanya didedahkan, memberitahu agensi berita Reuters bahawa kebanyakan mayat telah dibawa ke hospital-hospital Badr, alHorani dan Hikmeh di bandar itu.Ramai lagi orang awam yang cedera dan usaha pemindahan darah kini menghadapi masalah kerana kekurangan bekalan, kata beliau menerusi telefon dari bandar tersebut, yang mempunyai sekitar 700,000 penduduk.'Kereta-kereta kebal menyerang dari empat arah. Mereka menembak dengan menggunakan mesingan secara rambang dan memusnahkan sekatan-sekatan jalan yang didirikan penduduk,' kata doktor itu lagi, di celah-celah bunyi tembakan mesingan di bahagian latarnya.Hama amat penting bagi gerakan antipemerintah di Syria kerana bapa Encik Assad, Allahyarham mantan Presiden Hafez al-Assad, pernah menghantar askaraskarnya menghancurkan pemberontakan yang dipimpin kumpulan pemisah Islam pada 1982, dan membunuh hampir 30,000 orang dalam peristiwa paling berdarah dalam sejarah moden Syria.Seorang penduduk berkata dalam serangan semalam, mayatmayat dibiarkan bergelimpangan di jalan-jalan raya dan ini bermakna bahawa perangkaan kematian kemungkinan bertambah.Penembak hendap tentera memanjat ke bumbung bangunan syarikat pembekal kuasa milik pemerintah dan penjara utama bandar itu dengan menembak ke arah penduduk, katanya.Encik Assad sedang cuba menamatkan pemberontakan terhadap pemerintahannya sejak Mac lalu, setelah didorong oleh pemberontakan yang berlaku di Tunisia dan Mesir. -- Reuters.
http://cyberita.asia1.com.sg

No comments:

Post a Comment