Pages

Sunday, August 7, 2011

38 terbunuh helikopter AS kena tembak

GAMBAR fail  menunjukkan tentera AS dan Afghanistan dalam satu operasi di sempadan Afghanistan-Pakistan.
GAMBAR fail menunjukkan tentera AS dan Afghanistan dalam satu operasi di sempadan Afghanistan-Pakistan.

Serangan dilakukan pejuang Taliban

PULI ALAM: Sekurang-kurangnya 31 askar pasukan khas Amerika dan tujuh tentera Afghanistan terbunuh apabila pejuang Taliban menembak jatuh helikopter yang mereka naiki dalam operasi anti pemisah di wilayah Wardak di barat daya Kabul semalam, kata pegawai dan saksi.

Walaupun pegawai kerajaan Afghanistan berkata mereka sedang berusaha mendapatkan maklumat terperinci mengenai nahas yang berlaku, saksi di tempat kejadian mendakwa helikopter terbabit terhempas ketika pertempuran antara pejuang Taliban dengan tentera pakatan.
Seorang penduduk tempatan, Mohammed Saber, berkata helikopter malang itu terhempas dalam satu operasi di kawasan perkampungannya.
“Kami mendengar bunyi helikopter kira-kira jam 10 malam tadi (waktu tempatan). Saya dan keluarga berada di dalam rumah. Kami melihat helikopter itu mendarat di bumbung rumah seorang panglima Taliban dan selepas itu tembakan mula kedengaran.

“Helikopter terbabit cuba terbang semula, tetapi sejurus kemudian ia jatuh dan terhempas. Ada beberapa helikopter lain berlegar-legar di situ,” katanya.

Jurucakap Taliban Zabiullah Mujahid mengaku pihaknya bertanggungjawab berikutan kejadian itu dan berkata pejuang menembak jatuh helikopter terbabit dan mengesahkan lapan pengikutnya turut terbunuh. – AFP
bharian

No comments:

Post a Comment