Pages

Thursday, August 25, 2011

30 wartawan terperangkap

TRIPOLI: Kira-kira 30 wartawan asing masih tidak dapat meninggalkan hotel di bandar raya ini, empat hari selepas terkepung ketika kumpulan pemberontak menawan ibu pejabat Muammar Gaddhafi tidak jauh dari situ.
Majoriti tentera Gaddafi yang mengawal di luar Hotel Rixos sudah meninggalkan pos masing-masing, selepas kumpulan pemberontak mendakwa menguasai sebahagian besar Tripoli.

Hanya segelintir lagi tentera Gaddafi yang berpakaian preman dan bersenjatakan raifal Kalashnikov masih berkawal. “Hotel itu dikepung tentera yang setia kepada Gaddafi yang menghalang wartawan daripada meninggalkannya, menurut badan pengawas kebebasan akhbar, Wartawan Tanpa Sempadan. - AP. hmetro

No comments:

Post a Comment