Pages

Tuesday, August 30, 2011

2 keluarga rai Syawal sehelai sepinggang

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha  memadamkan kebakaran  di Wakaf Mek Zainab, semalam.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran di Wakaf Mek Zainab, semalam.

KOTA BHARU: Persiapan dibuat dua keluarga untuk menyambut Aidilfitri hari ini lebur dalam sekelip mata apabila rumah sewa mereka musnah dalam kebakaran di Wakaf Mek Zainab, dekat sini, pagi semalam.

Paling menyedihkan, mangsa hanya mampu mengalirkan air mata mengenangkan nasib keluarga yang sehelai sepinggang ketika umat Islam di negara ini ceria menyambut hari raya.
Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, semua mangsa tidak dapat menyelamatkan dokumen penting dan harta benda memandangkan api marak membakar rumah kayu mereka.
Semua pakaian raya anak dan cucu yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri hangus dan kami tinggal sehelai sepinggang. - Rozali Abu Bakar, Mangsa
Tukang gunting rambut, Rozali Abu Bakar, 58, berkata ketika kejadian dia dan beberapa ahli keluarga berada di rumah, manakala anak dan cucu keluar ke bandar untuk membeli barang sebagai persiapan hari raya.

“Ketika kejadian, saya di bilik air, tiba-tiba terasa bahang sebelum bergegas keluar. Saya terkejut apabila melihat api di celah dinding sebelum menyuruh anak dan ahli keluarga menyelamatkan diri.

“Semua pakaian raya anak dan cucu yang baru pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri hangus dan kami tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Seorang lagi mangsa, Wan Halimah Wan Hasan, 44, berkata ketika kejadian, dia berada di halaman bersama kanak-kanak yang diasuh, sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran memberitahu rumahnya terbakar.
“Semua pakaian hari raya termasuk milik anak tunggal saya hangus,” katanya sambil mengesat air matanya.

Wan Halimah berkata, ketika kejadian suaminya, Mohamad Nor Yusof, 60, tiada di rumah kerana keluar bekerja sebagai pembantu kedai di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Wan Hassan Wan Idris, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.52 pagi dan punca kebakaran dua rumah terbabit masih dalam siasatan.utusan

No comments:

Post a Comment