Pages

Tuesday, August 9, 2011

160 orang ditangkap di utara London



BEBERAPA anggota polis menyiasat lokasi beberapa buah kereta dibakar dalam rusuhan di Tottenham, utara London kelmarin.

LONDON - Polis Britain menangkap lebih 160 orang selepas kekacauan dan kecurian berleluasa di utara ibu kota Britain di sini sepanjang hujung minggu lalu.
Polis semalam menyatakan, beberapa kumpulan belia melarikan pelbagai barangan dari kedai-kedai di sini, menyerang anggota polis dan membakar sejumlah kenderaan.
Sekitar 35 anggota polis cedera dalam kekacauan yang berlaku susulan tunjuk perasaan di beberapa tempat di sini pada hujung minggu lalu.
Seorang komander polis, Christine Jones berkata, anggota-anggota polis terkejut melihat keganasan yang disasarkan terhadap mereka.
Keganasan tercetus di utara pinggir bandar ini, Tottenham pada malam Sabtu lepas susulan kemarahan masyarakat berhubung seorang lelaki yang mati ditembak polis.
Timbalan Datuk Bandar, Kit Malthouse menyalahkan keganasan yang berlaku pada Sabtu dan Ahad lalu itu disebabkan penglibatan sekumpulan penjenayah yang tamak dan bukannya berpunca daripada masalah sosial ekoran kelembapan pemulihan ekonomi Britain.
"Ini adalah disebabkan sebuah kumpulan kecil dalam komuniti kita di London yang mencari barang untuk mencuri," katanya.
Keganasan itu meletus selepas seorang lelaki berusia 29 tahun ditembak mati oleh polis semasa anggota-anggota pihak berkuasa cuba untuk menangkapnya di Tottenham pada Khamis lalu.
Sebuah agensi pemantau polis kini sedang melakukan siasatan mengenai kejadian itu.
Sementara itu, akhbar The Sun di Britain melaporkan bahawa kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan lapan tahun turut menyertai keganasan yang berlaku di utara London.
Seorang saksi, David Akinsanya, 46, berkata: "Saya melihat kanak-kanak berusia yang semuda sehingga tujuh atau lapan tahun berlari di jalanan dengan kepala mereka ditutup." - Agensikosmo

No comments:

Post a Comment