Pages

Tuesday, July 19, 2011

Wanita diserang jiran tak puas hati turap jalan depan rumah


AMPANG: Hanya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan jiran yang menurap jalan depan rumahnya, seorang wanita berusia 40-an sanggup memukul jirannya dengan cangkul selain turut menggigit lengan kanan anak lelaki jirannya itu.
Dalam kejadian Jumaat lalu, wanita itu dikatakan memukul jirannya berusia 43 tahun selepas melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut sumber, suspek yang tinggal bersebelahan rumah mangsa dipercayai sengaja meletak beberapa ketul batu-bata di jalan depan rumahnya bagi mengelak mangsa meletakkan keretanya.

“Ketika mangsa mengalihkan batu itu, suspek tiba-tiba keluar dari rumahnya dengan memegang cangkul sebelum menyerang mangsa.

“Anak mangsa yang melihat ibunya diserang cuba membantu sebaliknya dia dibaling dengan batu dan digigit di lengan hingga cedera,” katanya.


Sumber berkata, mangsa tidak mengetahui alasan sebenar jirannya itu bertindak demikian kerana dia hanya menurap tar jalan masuk ke rumahnya tanpa membabitkan rumah jiran lain.

“Serangan itu menyebabkan mangsa terpaksa dipapah masuk ke dalam rumah bagi menyelamatkan diri kerana suspek semakin bertindak agresif.

“Mangsa turut cedera di kepala kerana dipukul dengan batang cangkul manakala anaknya cedera di lengan kanan dan telinga kanan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
myMetro | Wanita diserang jiran tak puas hati turap jalan depan rumah

No comments:

Post a Comment