KUALA LUMPUR - Selepas 20 hari berdiam diri, Shuhardi Md. Isa (gambar) yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai lalu tampil memberi penjelasan semalam.
Suhardi ketika ditemui menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis, sebaliknya mendakwa tidak pernah menerima sebarang surat rasmi meminta dia hadir bagi membantu siasatan di mana-mana balai polis.
"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosedur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib.
"Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis).
"Bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Khalid Abu Bakar) yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya di sini semalam. - Bernama
usahlah berlakon lagi..takut2 tiba2 giliran anda pla
ReplyDelete