Pages

Tuesday, July 5, 2011

Sembilan anggota keselamatan maut di Iraq

BAGHDAD 5 Julai – Sekurang-kurangnya lapan anggota polis maut manakala 17 cedera dalam beberapa siri serangan yang dilancarkan pengebom berani mati dan kumpulan lelaki bersenjata ke atas pasukan keselamatan di seluruh negara.

Serangan terhadap pasukan keselamatan Iraq semakin meningkat ketika negara ini sedang membuat persiapan untuk pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) pada Disember akan datang.

Kelmarin, kumpulan militan melancarkan sembilan serangan manakala semalam, serangan berlaku di Baghdad, Kirkuk, dan Mosul. – Reuters

Utusan Malaysia Online - Terkini

No comments:

Post a Comment