Pages

Friday, July 22, 2011

Rekod pentadbiran penentu kemenangan Barack Obama



BARACK OBAMA


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata kelmarin bahawa pemilihannya semula sebagai presidenpada November depan akan ditentukan berdasarkan penilaian mereka ke atas rekod pentadbirannya.

Menurut Obama, faktor kemenangannya nanti dalam pilihan raya presiden pada tahun depan bukannya bergantung kepada siapa yang akan menentangnya dari parti Republikan.

"Jika November tahun depan, mereka (para pengundi) berasakan saya berada di bahagian mereka dan saya telah bekerja keras sedaya upaya saya serta telah melakukan sesuatu untuk menggerakkan kita ke arah yang betul, saya akan menang.

"Jika mereka tidak menyebelahi saya, saya akan kalah," kata Obama.

"Ia bukannya dinyatakan bahawa calon lain adalah tidak berkaitan.

"Namun, saya kemungkinan akan menang atau kalah bergantung pada penilaian mereka berhubung pengemudian saya," katanya kepada seorang penemuramah dari stesen KMBC 9 News di Kansas, Missouri.

Rating Obama berada dalam kedudukan lemah ekoran kadar pengangguran yang tinggi dan harga minyak yang meningkat.

Satu tinjauan pendapat kelmarin menunjukkan Obama memperoleh sokongan sebanyak 45 peratus sama seperti calon Presiden AS dari parti Republikan, Mitt Rommey. - Reuters

Kosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment