Pages

Saturday, July 16, 2011

Rahsia AS dicuri

WASHINGTON: Sebuah agensi perisikan asing mencuri 24,000 fail komputer daripada sebuah kontraktor pertahanan Amerika Syarikat Mac lalu dalam satu serangan siber terbesar ke atas pembekal Pentagon, kata pegawai kanan kerajaan semalam.

Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, William Lynn, berkata sejak dekad lalu sejumlah data disedut penceroboh asing daripada rangkaian korporat syarikat pertahanan.


“Dalam pencerobohan Mac lalu, 24,000 fail diambil.

“Ia adalah data mengenai sistem yang dibangunkan untuk Jabatan Pertahanan,” katanya ketika berucap di Universiti Pertahanan kebangsaan di Washington, semalam.


Bercakap kepada media selepas itu, Lynn berkata, kecurian data daripada kontraktor yang tidak didedahkan itu membimbangkan dan dianggap terbesar setakat ini.


Kata Lynn, AS percaya agensi perisikan asing bertanggungjawab dalam pencurian itu.

Sejak beberapa tahun lalu, China disalahkan atas sejumlah pencerobohan sistem komputer korporat dan ketenteraan AS.


Bagaimanapun, Lynn berkata, Pentagon belum benar-benar mengenali siapa mereka.

“Data dicuri itu membabitkan reka bentuk peralatan ketenteraan tetapi kehilangan itu tidak menjejaskan pembangunan sistemnya,” katanya. - AFP

myMetro | Rahsia AS dicuri

No comments:

Post a Comment