Pages

Saturday, July 2, 2011

Polis tutup pintu rundingan

LEBIH 1,500 orang dari pelbagai badan bukan kerajaan berarak bagi membantah langkah kerajaan DAP Pulau Pinang menyokong perhimpunan Bersih di George Town semalam.


KUALA LUMPUR – Polis telah menutup pintu rundingan dengan pihak penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) selepas mereka enggan membatalkan perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar), pihaknya telah berjumpa dengan penganjur terbabit berikutan kebimbangan orang awam terhadap perhimpunan itu, namun mereka tetap mahu meneruskan hasrat tersebut.

“Mereka masih dengan tujuan asal untuk menganjurkan perhimpunan haram itu. Jadi, kita telah menutup segala pintu rundingan dengan mereka dan akan bertindak berlandaskan undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Khalid berkata, polis tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada penganjur perhimpunan haram tersebut.

Sehingga semalam, pihak polis telah menerima 2,136 laporan dari seluruh negara yang membantah penganjuran perhimpunan itu.

Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment