Pages

Sunday, July 17, 2011

Pintu batu tinggalan Firaun dikesan


Foto
UKIRAN yang terpapar pada pintu batu Raja Shabaka.


    Foto
    FOTO Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir menunjukkan pintu batu Raja Shabaka berusia 2,700 tahu
    Ahli arkeologi Mesir, Perancis temui artifak zaman Raja Shabaka berusia 2,700 tahun

    GIZA: Ahli arkeologi Mesir dan Perancis menggali pintu batu berusia 2,700 tahun milik Shabaka iaitu Raja era Nubian ketika menggali berhampiran kuil Karnak di Luxor.
    Pintu batu itu yang didapati ‘berada dalam keadaan baik,’ menjadi petunjuk menghala ke bilik yang menyimpan khazanah raja, kata Kementerian Antikuiti.
    “Ia adalah kali pertama artifak lama milik dinasti ke-25 ditemui dalam keadaan agak baik dan tidak dimusnahkan oleh pemerintah dinasti ke-26,” kata Mansur Boraik, ketua Pusat Penyelidikan Mesir-Perancis di Kuil Karnak.

    Pintu batu besar itu memapar ukiran warna warni menggambarkan Raja Shabaka menawarkan dewi kebenaran, Maat, kepada tuhan Amun Raa, iaitu ketua dewa.

    “Petugas bagi misi Mesir-Perancis berjaya membuat penemuan penting dari dinasti ke-18 hingga 25,” kata Menteri Antikuiti, Zahi Hawass.

    Misi itu juga menemui dan menggali sebuah dinding besi mengelilingi kuil Ptah, ketua tuhan bandar Memphis. Kuilnya dibina di tapak kuil terdahulu era ‘Middle Kingdom’ dan dipulihkan oleh Shabaka.
    “Penemuan itu menunjukkan kuil Karnak masih menyimpan banyak rahsia untuk didedahkan dan ia akan mengambil masa beberapa puluh tahun akan datang,” kata seorang penyelidik pusat itu, Dominique Valbelle dipetik dalam satu kenyataan kementerian.

    Shabaka adalah seorang Firaun Kush pada dinasti ke-25 Mesir antara 721 Sebelum Masihi (SM) atau 716 SM sehingga 702 SM. – Agensi
    Berita Harian Online | Pintu batu tinggalan Firaun dikesan

    No comments:

    Post a Comment