Pages

Tuesday, July 26, 2011

Penyerang rancang serangan di London


PENDUDUK Islam Norway turut menunjukkan simpati kepada mangsa pembunuhan Breivik.
PENDUDUK Islam Norway turut menunjukkan simpati kepada mangsa pembunuhan Breivik.


Siar manifesto dedah 80 lagi sedia mengganas di seluruh Eropah

OSLO: Pelampau Kristian, Anders Behring Breivik, mendedahkan tindakannya melakukan serangan yang membunuh 93 orang di Oslo dirancang ketika dia berada di London apabila berbincang dengan sekumpulan fanatik berhaluan kanan untuk melancarkan ‘Perang Salib baru’ di Eropah.

Dakwaan itu terkandung dalam satu manifesto 1,500 muka surat yang disiarkan sebelum serangan dengan mendakwa mentornya adalah seorang lelaki Inggeris bernama Richard, lapor akhbar Daily Telegraph dan Daily Mail, semalam.
Dia mendabik, kempen Perang Salib baru itu akan dilancarkan di seluruh Eropah Barat oleh 80 orang lain sepertinya bagi menggulingkan kerajaan yang bertolak ansur terhadap orang Islam.
Scotland Yard sedang cuba memastikan sama ada dia memang benar melawat London sejak beberapa tahun kebelakangan ini ketika polis mendedahkan peluru yang digunakannya ketika mengganas meletup dalam badan selepas mangsa kena tembakan.

Dalam manifesto itu, Breivik, 32, memuji Liga Pertahanan Inggeris (EDL) dan pertubuhan anti-Islam lain sepertinya.

Dokumennya menggelar bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown sebagai penjenayah perang kerana bersekutu dengan kumpulan pelampau Islam serta ditandatangani dengan nama 'Andrew Berwick' iaitu namanya dalam bahasa Inggeris.

Tony Blair, Jack Straw, Putera Charles dan beberapa wartawan akhbar juga disebut dan menamakan dokumen itu sebagai Perisytiharan Kemerdekaan Eropah sebelum menghantarnya dalam e-mel kepada 5,700 orang beberapa ketika sebelum dia melancarkan pembunuhan beramai-ramai di Norway.
Breivik, 32, membuat kemunculan pertamanya di sebuah mahkamah pinggir bandar kira-kira jam 1 tengah hari (1100 GMT), untuk tuduhan berhubung pengeboman dan tembakan membabi buta Jumaat lalu yang dikatakannya dilakukan seorang diri.

Keputusan awal penting perlu dilakukan hakim ialah sama ada untuk mengarahkan perbicaraan dilakukan secara tertutup, sesuatu yang diminta oleh pendakwaan.

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam satu letupan awal di luar pejabat perdana menteri dan bangunan kerajaan lain sebelum Breivik menembak 86 orang lain, kebanyakannya belia yang menghadiri perjumpaan pemimpin belia parti pemerintah utama Buruh di pulau Utoeya, 40 kilometer dari situ.

Perdana Menteri, Jens Stoltenberg melabel penyerang sebagai ‘penjahat’ ketika satu ucapan dalam upacara pengebumian besar-besaran dihadiri keluarga diraja Norway dan ribuan penganut kelmarin. – AFP/Agensi Berita Harian Online | Penyerang rancang serangan di London

No comments:

Post a Comment