Pages

Saturday, July 23, 2011

Pemberontak masuk Tripoli



PENYOKONG Gaddafi menunjukkan tulisan yang menyatakan sokongannya terhadap pemimpin Libya itu.
PENYOKONG Gaddafi menunjukkan tulisan yang menyatakan sokongannya terhadap pemimpin Libya itu.

Gaddafi tolak sebarang kemungkinan rundingan dengan puak penentang

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menolak sebarang kemungkinan mengadakan rundingan dengan pemberontak yang berjuang untuk menamatkan pemerintahan beliau dan menyatakan keyakinannya bahawa rejim sekarang akan terus berkuasa.
Beliau berkata demikian dalam ucapan disiarkan televisyen tempatan lewat kelmarin, ketika pemberontak mengumumkan pejuang mereka sudah menyusup masuk ke Tripoli.
Gaddafi berkata, kempen sejak lima bulan lalu yang dilancarkan pemberontak tidak akan berjaya.

“Perang ini sudah dimenangi rakyat Libya. Mereka tidak boleh menewaskan kita, mereka akan ditewaskan dan akan pulang dengan tangan kosong,” kata Gaddafi.
“Saya tidak akan berunding dengan mereka. Tidak akan ada rundingan di antara saya dan pemberontak,” katanya lagi.

Dalam ucapan berasingan, Gaddafi menggesa pemimpin puak di Misrata bandar ketiga terbesar Libya yang dikuasai pemberontak agar membebaskan bandar itu.
Sementara itu, wartawan asing yang dibawa untuk melihat perkembangan di Zliten, bandar di antara Misrata dan Tripoli dan yang terakhir dikuasai kerajaan, menyaksikan letupan kuat.

Di hospital bandar itu, berpuluh-puluh penduduk menerima rawatan akibat kecederaan yang dikatakan berpunca dari serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

NATO berkata pesawat pejuangnya membedil 11 sasaran di Zliten, termasuk pelancar misil darat ke udara dan kereta kebal.

Pemberontak berkata pasukannya sudah masuk ibu negara Libya dan akan melancarkan serangan terhadap sasaran kerajaan.

“Ia membabitkan pasukan kecil tetapi mereka adalah pejuang terlatih yang menerima latihan di Benghazi,” kata ketua tentera pemberontak Fawzi Bukatif. – AFP
Berita Harian Online | Pemberontak masuk Tripoli

No comments:

Post a Comment