Pages

Monday, July 18, 2011

Letupan terbesar Lokon

JAKARTA: Gunung berapi Lokon di Indonesia menyaksikan letupan terbesar, semalam apabila gumpalan asap tebal dan debu berhamburan setinggi 3,500 meter ke udara, kata pegawai kerajaan.

“Gunung berapi itu meletup lagi pagi ini (semalam) yang terbesar sejak akhir bulan lalu. Ia memuntahkan batu-batan dan debu,” kata ahli volkanologi kerajaan, Kristianto. “Kami sudah memaklumkan pihak berkuasa lapangan terbang mengenai kejadian itu kerana debu yang dikeluarkan kali ini agak tinggi. Namun, setakat ini, pesawat penerbangan tidak terjejas dan lapangan terbang tidak ditutup,” katanya. “Gunung berapi itu masih dalam tahap ledakan. Kami tidak dapat meramal sama ada aktiviti itu akan berkurangan atau akan ada lagi letupan susulan,” tambahnya.


Gunung Lokon setinggi 1,580 meter itu adalah satu daripada gunung berapi yang paling aktif di Indonesia. Ia pernah meletup pada 1991 dan mengorbankan seorang pelancong Switzerland. - AFP

myMetro | Letupan terbesar Lokon

No comments:

Post a Comment