Pages

Tuesday, July 19, 2011

Konflik kuil purba berakhir



KONFLIK perebutan kuil  Preah Vihear berusia 900 tahun antara Thailand dan Kemboja menyaksikan puluhan ribu penduduk   dipindahkan dan 18   terkorban dalam pertempuran  sejak Februari lalu.
KONFLIK perebutan kuil Preah Vihear berusia 900 tahun antara Thailand dan Kemboja menyaksikan puluhan ribu penduduk dipindahkan dan 18 terkorban dalam pertempuran sejak Februari lalu.

Mahkamah tertinggi PBB arah Thailand, Kemboja berunding

THE HAGUE: Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam mengarahkan Thailand dan Kemboja supaya mengundurkan tentera mereka dari satu zon yang diisytiharkan sebagai sebagai kawasan larangan di tapak kuil purba Preah Vihear dan kembali semula ke meja rundingan bagi menyelesaikan konflik berdekad lamanya.
Puluhan ribu penduduk kampung di kedua-dua tapak dipindahkan semula, manakala 18 orang terkorban dalam pertempuran antara Kemboja dan Thailand sejak Februari lalu, apabila ketegangan memuncak kembali dalam perebutan kuil Hindu lama itu.
Mahkamah membuat keputusan mewartakan semula zon larangan tentera dengan 11 undian berbalas lima serta bersetuju bahawa keadaan di kawasan itu ‘kekal tidak stabil’ dan ‘mungkin lebih buruk’, selain menggesa Thailand dan Kemboja mengadakan rundingan.

Hakim Hisashi Owada berkata, Kemboja dan Thailand berdepan risiko hubungan tegang berikutan tiada penyelesaian. Beliau mengarahkan kedua-dua negara membenarkan pemantau dari Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk memasuki kawasan itu.

Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya, berkata Bangkok menghormati keputusan itu dan penubuhan satu zon larangan tentera tidak menghalang rundingan berhubung tuntutan ke atas kawasan itu.

“Kami berpuas hati bahawa pengunduran tentera terpakai ke atas kedua-dua Kemboja dan Thailand yang juga bertentangan dengan kehendak Kemboja,” kata Kasit kepada media di mahkamah.
“Kami perlu berbincang. Silakan datang ke meja rundingan.”

Kemboja enggan mengulas kepada media di sini. Kedua-dua Kemboja dan Thailand membuat tuntutan ke atas kawasan tanah di sekitar kuil Preah Vihear berusia 900 tahun, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO dalam satu pertelingkahan yang menukar kepada konflik berdarah Asia Tenggara dalam tempoh sedekad.

Pertelingkahan itu berikutan masalah politik dalaman di kedua-dua Kemboja dan Thailand, menjejaskan kredibiliti ASEAN berikutan ketidakupayaannya menangani masalah itu. – Reuters
Berita Harian Online | Konflik kuil purba berakhir

No comments:

Post a Comment