Pages

Saturday, July 2, 2011

Jen Petraeus ketua baru CIA

WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syarikat semalam mengesahkan Jeneral David Petraeus, komander ketika peperangan Iraq dan Afghanistan, dipilih sebagai ketua baru Agensi Risik Pusat (CIA).

Undian 94-0 oleh ahli Senat mengesahkan pencalonan Jeneral Petraeus menggantikan tempat yang dikosongkan Encik Leon Panetta sebagai pengarah CIA.

Encik Panetta mengambil alih jawatan Setiausaha Pertahanan Amerika berikutan persaraan Encik Robert Gates.

Pemilihan dua jawatan penting itu jelas menunjukkan bahawa Presiden Barack Obama kini serius mengadakan rombakan terhadap pasukan keselamatannya.

Minggu lalu, Jeneral Petraeus menunjukkan kekecewaannya berikutan pengumuman pengunduran tentera dari Afghanistan.

Beliau memberitahu Jawatankuasa Senat Mengenai Perkhidmatan Tentera bahawa beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat Encik Obama itu.

Jeneral Petraeus, 58 tahun, dijangka menamatkan tugasnya di Kabul bulan ini dan memulakan tugasnya di CIA pada September ini.

Sebelum ini, beliau mendapat pujian apabila memimpin pasukan keselamatan Amerika di Iraq, selain usahanya mempertingkatkan tahap keselamatan di Afghanistan. -- AFP, Reuters.

Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment