Pages

Thursday, July 21, 2011

Israel usir 15 aktivis pro-Palestin

BAITULMAQDIS 20 Julai - Seramai 15 aktivis yang ditahan tentera rejim Zionis selepas bot mereka dipintas semalam semasa belayar dalam cubaan mencabar sekatan ke atas Genting Gaza, diusir pulang hari ini.

Jurucakap perkhidmatan imigresen Israel, Sabine Hadad berkata, 11 daripada aktivis itu merupakan rakyat Perancis, sementara selebihnya dari Sweden, Kanada dan Greece.

"Semua 15 aktivis itu telah disoal siasat malam tadi oleh perkhidmatan kami dan secara sukarela bersetuju menandatangani satu dokumen yang meminta mereka meninggalkan Israel dalam tempoh 72 jam.

"Mereka akan menaiki penerbangan ke Athens, Paris, Toronto dan Stockholm hari ini," katanya.

Aktivis-aktivis itu termasuk seorang wartawan Israel ditahan petang semalam apabila kapal tentera laut Israel memintas kapal Dignite/Al Karama ketika ia menghampiri pantai Genting Gaza.

Tentera Yahudi menaiki kapal tersebut dan mengemudinya menuju pelabuhan Ashdod sebelum wartawan Israel, Amira Hass dari akhbar berhaluan kiri, Haaretz dibebaskan.

Aktivis-aktivis lain disoal siasat oleh perkhidmatan imigresen di Holon, berhampiran Tel Aviv.

Dignite/Al Karama merupakan satu-satunya kapal daripada 10 konvoi flotila yang berhasrat mencabar sekatan Israel ke atas Genting Gaza.

Kapal tersebut belayar dari pulau Kastellorizo di Greece pada pagi Sabtu lalu dengan memberitahu pengawal pantai ia akan berlabuh di pelabuhan Iskandariah, Mesir. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment