Pages

Tuesday, July 19, 2011

Drebar dibelasah, lori disamun


LERAI...komponen lori cuba dileraikan suspek di hutan di Jalan Templer, Rawang.
LERAI...komponen lori cuba dileraikan suspek di hutan di Jalan Templer, Rawang.


GOMBAK: Seorang pemandu lori warga emas cedera parah apabila dipukul dengan batang besi, topi keledar dan tangan dalam kejadian samun lori di Jalan Gombak Lama, di sini.
Akibat dipukul sekumpulan penyamun menyebabkan lelaki berusia 68 tahun itu terlantar di Hospital Selayang selama dua minggu sebelum membuat laporan di Balai Polis Gombak, Sabtu lalu selepas keluar dari wad.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 3 Julai lalu kira-kira jam 7.30 malam ketika mangsa dalam perjalanan ke Bentong, Pahang untuk menghantar barang ke sebuah pasar raya.

“Bagaimanapun tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki menahan lorinya menyebabkan dia terpaksa menekan brek secara mengejut.

“Selepas itu, motosikal terbabit terus melanggar bahagian depan lori itu menyebabkan mangsa yang pelik dengan perbuatan itu keluar dari lori,” katanya.


Sumber berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila mendapati beberapa motosikal dinaiki beberapa lelaki berada di belakangnya dan mereka terus datang ke arahnya sebelum menghentak mangsa dengan topi keledar.

“Akibat hentakan itu mangsa terjatuh ke atas jalan sebelum kumpulan terbabit terus membelasahnya dengan batang besi dan tangan bertubi-tubi hingga menyebabkan kecederaan pada mata, pipi, badan dan kepala.

“Lelaki terbabit mencampak mangsa di tepi jalan sebelum melarikan lori mangsa yang membawa muatan air botol minuman,” katanya.

Mujur ketika kejadian itu, ada orang awam yang melalui kawasan itu ternampak mangsa dan terus menghubungi ambulans.

Sementara itu, polis yang mendapat maklumat orang awam kira-kira jam 12.30 tengah hari mengenai penemuan sebuah lori dalam hutan di Jalan Templer, di sini terus bergegas ke tempat kejadian.


Hasil pemeriksaan didapati beberapa komponennya sudah dileraikan sebelum dipindahkan ke dalam kereta Proton Wira yang diubahsuai di bahagian belakang.


Malah, polis turut menjumpai 13 motosikal termasuk empat darinya mempunyai nombor pendaftaran palsu.


Sebilah pisau turut dijumpai dalam kereta itu namun ketika serbuan, suspek tiada sebelum semua kenderaan dibawa ke Balai Polis Rawang.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penemuan kenderaan terbabit dan kes itu berkaitan dengan kejadian samun beberapa minggu lalu.
myMetro | Drebar dibelasah, lori disamun

No comments:

Post a Comment