Pages

Saturday, July 16, 2011

Datuk termuda di Britain


(DARI KIRI) Kelly, Davies, Tia dan Jordan Williams.
(DARI KIRI) Kelly, Davies, Tia dan Jordan Williams.

LONDON: SEORANG lelaki menjadi datuk paling muda di Britain pada usia 29 tahun selepas anak perempuannya melahirkan anak ketika berusia 14 tahun.
Shem Davies juga berusia 14 tahun ketika pertama kali dia menjadi bapa.

Kini anak perempuannya yang masih bersekolah, Tia melahirkan bayi perempuan seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-15. Davies yang tidak bekerja - dan berpisah dengan ibu Tia iaitu Kelly tiga bulan selepas Tia dilahirkan - berkata dia sangat gembira dengan kelahiran cucunya.
Ava Grace diletakkan dalam inkubator selepas dilahirkan sepuluh minggu lebih awal - dengan berat kurang daripada 0.9 kilogram.

Namun, keluarga itu berkata Ava ‘baik-baik saja’ di unit rawatan khas bayi di mana dia dirawat di Bridgend, Wales Selatan. Davies berkata dia terkejut apabila Tia memberitahunya dia hamil hasil hubungan dengan teman lelakinya, Jordan Williams, 15.

Datuk - yang mempunyai anak lelaki berusia sembilan bulan dengan teman wanita barunya, Robyn Thomas berkata: “Pada satu minit Tia hanya bayi dan minit berikutnya dia hamil.
“Saya boleh mengherdiknya tetapi apa gunanya? “Saya tahu betapa sukarnya keadaan selepas ini kepada mereka kerana saya pernah melalui pengalaman sama pada usia itu.

“Saya tidak dapat menguruskan hal dengan baik ketika menjadi bapa ketika berusia 14 tahun.
“Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi itu dan saya melarikan diri.“ Ibu Tia, pekerja kafeteria, Kelly, 30, berkata: “Mimpi ngeri saya ialah Tia akan mengulang kesilapan saya dan hamil pada usia muda.

“Saya selalu membebel kepadanya mengenai pencegahan kehamilan.” Davies dan Kelly yang berasal dari Bridgend, masing-masing menyokong Tia ketika dia menjaga Ava - generasi keenam keluarga itu.

Seorang rakan keluarga itu berkata: “Ia sukar buat Tia kerana apa yang dia inginkan ialah memeluk bayinya seperti ibu baru yang lain. Tetapi Ava perlu berada dalam inkubator.” Davies memberitahu temannya, dia belum lagi membasahkan kepala bayi itu sambil menambah: “Ia masih awal. Tunggu hingga dia keluar dari unit rawatan khas.”myMetro | Datuk termuda di Britain

No comments:

Post a Comment