Pages

Thursday, July 7, 2011

Cheryl kemuka pelbagai syarat

pix_middle

LONDON: Ashley Cole dilapor bersetuju terhadap senarai permintaan daripada bekas isteri, Cheryl, yang akan menyaksikan dia berbelanja sehingga �10 juta (RM50 juta) untuk membolehkan dia mengahwininya semula.
Bekas juri X Factor itu yang kini sudah kembali kepada bintang bola sepak berkenaan mendesak dia mengeluarkan wang untuk:


  • Sebuah rumah besar supaya mereka boleh berpindah dari rumah di Surrey yang mereka kongsi bersama ketika Cole berlaku curang terhadapnya.





  • Sebuah studio rakaman berteknologi tinggi yang direka mengikut spesifikasi penyanyi kumpulan Girls Aloud itu.




  • Sebuah rumah di Los Angeles yang boleh mereka gunakan untuk mengelak daripada tumpuan orang ramai dan tempat dia boleh meneruskan usaha untuk menjadi terkenal di Amerika Syarikat.



  • Majlis perkahwinan di luar negara dan bulan madu tanpa dia mengeluarkan perbelanjaan.

    Akhbar The Sun semalam melaporkan, Cheryl juga meminta Cole membelikannya cincin yang harganya mesti lebih mahal daripada dua cincin yang tidak lagi dipakainya berikutan kecurangan bintang bola sepak itu.

    Kedua-dua cincin berkenaan berharga RM750,000 dan RM800,000.

    Cole, 30, pemain pertahanan Chelsea dan England, juga mesti membenarkan ibu mentuanya tinggal bersama mereka.

    Menurut The Sun, seorang rakan Cole berkata, Cheryl tidak mahu bertolak-ansur atau berunding mengenai tuntutan itu.

    Rakan bintang bola sepak itu berkata: “Jika Cheryl sudah bersedia untuk berdepan dengan orang ramai kerana menerima Cole kembali, dia ingin tahu sama ada bekas suaminya itu sudah bersedia untuk bertindak daripada hanya bercakap.

    “Cole tidak mempunyai pilihan. Dia mungkin akan dapat Cheryl kembali tetapi dengan harga yang mahal.”

    Cole dilapor sudah mula mencari rumah di Los Angeles.

    Dia juga dikatakan mencari rumah di Dubai untuk mereka kongsi bersama sebaik dia dan Cheryl, 28, berkahwin semula.

    Gambar pertama pasangan itu sejak mereka bercerai dirakam pada majlis hari jadi Cheryl hujung minggu lalu.

    Satu sumber berkata: “Keputusan muktamad mengenai mereka berkahwin semula belum dicapai. Mereka tidak tidur bersama. Cole perlu melakukan lebih banyak untuk menambat semula hati Cheryl.” - The Sun



  • myMetro | Cheryl kemuka pelbagai syarat

    No comments:

    Post a Comment