Pages

Friday, July 22, 2011

Beng Hock didapati bunuh diri


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mendapati kematian pembantu khas anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor itu pada 16 Julai 2009 adalah akibat membunuh diri.

Keputusan itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat suruhanjaya tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada sidang akhbar di Lobi Parlimen semalam.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja yang terdiri daripada lima anggota panel dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Beng Hock selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya itu telah bersidang selama 50 hari mulai 14 Februari sehingga 10 Mei dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu di Kompleks Mahkamah di sini.

Suruhanjaya itu dalam laporannya mendapati Beng Hock membunuh diri berikutan sesi soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan

Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment