Pages

Wednesday, July 20, 2011

835 remaja Palestin ditahan askar Zionis

BAITULMAQDIS: Israel sejak lima tahun lalu sudah menahan 835 golongan muda Palestin kerana kesalahan melontar batu, menghukum kebanyakan mereka dengan hukuman penjara, lapor organisasi hak asasi kemanusiaan, semalam.

Kumpulan hak asasi manusia Yahudi, B’Tselem berkata, pihak tentera menyalah guna dan mencemari hak asasi kemanusiaan golongan muda itu, kebanyakannya berusia antara 16 hingga 17 tahun, tetapi sesetengahnya semuda 12 hingga 13 tahun. Hukuman penjara mereka pula antara tempoh beberapa hari hingga setahun. Mereka ditahan antara 2005 hingga tahun lalu. - Reuters

myMetro | 835 remaja Palestin ditahan askar Zionis

No comments:

Post a Comment