Pages

Tuesday, July 19, 2011

65 berlian ditemui di kawasan serangan Mumbai

MUMBAI: Pekerja menyelamat dan polis menjumpai 65 butir berlian dari timbunan runtuhan di sebatang jalan yang menjadi pusat jualan batu permata di Mumbai yang menjadi sasaran pengeboman minggu lalu, kata kumpulan industri semalam.

Kumpulan pekerja membuat penemuan itu ketika membersihkan runtuhan dan lopak berlumpur di kawasan Dewan Opera di selatan bandar, satu daripada tiga kawasan yang diserang Rabu lalu yang mengakibatkan 19 maut.
Kawasan itu adalah lorong yang dipenuhi dengan kedai borong dan rangkaian kedai runcit berlian di mana pada hari biasa kelihatan sibuk dengan pengangkutan yang memindahkan barangan.
“Kami menjumpai 65 butir berlian,” kata ahli jawatankuasa Persatuan Saudagar Berlian Mumbai, Jayesh Labdhi.

“Kami akan mengadakan mesyuarat dan kemungkinan barang perhiasan ini akan dilelong. Hasilnya akan membantu mereka yang cedera atau kehilangan nyawa,” katanya.

Presiden persatuan itu Bharat Shah, bagaimanapun berkata kebanyakan peniaga mungkin masih cuba mencari harta benda yang hilang akibat letupan itu. – AFP
Berita Harian Online | 65 berlian ditemui di kawasan serangan Mumbai

No comments:

Post a Comment